Tuesday 15 May 2012

GKG!





GKG. Gomo Kelate Gomo. tahu? mustahil la kan tak tahu even org asing pon ade yang 'mengigau2' sebut ayat ni. eh betol ke? ye, memang tak disangka team futbol dr negeri Cik Siti Wan Kembang ni femes sampai ke luar negara. ala macam team2 bola international yang korang minat sangat tu, MU, chealse, barcelona bagai2 lah. *aku bkn minat sgt pon yg asing2 ni_\ -_-" .. *

aku minat bola ke? entah la, memang suke tanya diri sndri..orang tengok bola aku tengok tapi kalau team kelate ambo jah maen ambo tengok! Gomo Kelate Gomo..!! heee dulu time sekolah2 beringus bila musim bola xkira la FIFA ke EPL ke piala asia ke Piala FA ke memang hot topik dlm kelas tentang BOLA. team tu aku minat team kau tak bagus team aku lagi power (mcm la kau sndri yg maen kn). pastu kalau team yg die cinta sngat 2 menang haa mula lah. yes aku semangat belajar ari ni, aku nk enjoy, sampaikan bile bejalan mula lh mendabik dada lebih2 depan penyokong yang kalah 2. sebab tu aku cakap, macam la kau yg maen kan? tak payah nak excited gile-gile sangat bila team yang kau sokong tu menang. upppsss... yang kalah? haa tu la kan terlampau minat terlampau gile bola, kecewa dengan kekalahan sampai menangis2, nk terjun bangunan merajuk, bad mood smpai berhari2. kammon la..just a game. mesti ade kalah menang kan. tapi yang paling tak boleh tahan bile kat sekolah ke kolej ke yang menang mesti 'pijak' yang kalah. hahahha loser! loser!.

bila semua bercakap pasal bola ni, aku kesah ke? tapi bile fikir balik best jugak join diorang ni. mula2 pasang telinga je la. nk menyampok aku tak tahu lansung pon pasal bola. pastu tengok2 akak aku,die ni minat sangat bola masa kitorang sekolah rendah.peliknya die ni lembut luar dan dalam tapi gile bola. tak hairan la dulu die suka sangat beli mjalah2 bola, rela simpan duit belanja makan sebab nak beli majalah bola. um. yang aku ingat die dulu memang fanatik Khalid Jamlus. tu beberapa tahun dulu 10thun lbih mybe. skarang bile aku tanya die, kau gile bola lagi ke? entah la, dah ade laki ade anak 2 orang ni,aku dah malas nk minat bola. har har har

bila dah terjebak sikit dengan cakap2 bola ni, mulalah suka tengok team sekolah sendiri lawan. ape yang mampu aku kata kat sini, aku minat team bola sekolah aku je dulu. yang luar dr sekolah yg piala m'sia ke FiFa ke langsung tak ambik tahu. hee kekadang rasa kolot jugak, tapi bukan aku sorang kan? dan bile ade boipren, mula lah terpaksa minat tipu2 time die cakap pasal bola kan,tak nak die rasa aku ni kolot tak ambik tahu hal semasa,konon nye la. padahal tak pon kan? bodoh jugak kan time budak2 dulu. hahaha dan bile dh masuk tahap pendidikan tinggi ni, terbuka la cikit minda tu..nak kata gile sangat tu memang tak lah..bukan jenis aku...tapi kalu tengok rmai2 memang bes, naek semangat jadi gile bola kejap. ea?

1st time masuk stadium tengok bola msa kat sekolah SMIP fom 2.. punye la bes bejalan ramai2 dari sekolah dlam 30minit kot ke stadium. game antara sekolah2 jgk pon, SMIP vs SIC *kalu tak silap la*..nk dpatkan tiket 2,punye la bodek cikgu tu abang angkat tu ini nk tiket free. pdahal xsampai rm5 pon 1 tiket.riuh kemain kat sekolah sebab tiket,mna taknya, dah perlawanan antara sekolah, cikgu yg terlibat ngan budak yg terpilih je blh jual tiket. best xyah cakap la sebab antara sekolah2 msti yang pegi tengok 2 semua member2 kan? mcam mna game SMIP dgn SIC ni boleh maen dlam stadium, aku pon tak berape nak ingat, final sukan ape entah. layan je laaaaa...

oke, tu jela aku masuk tgk bola dalam stadium sebab abah aku memang tak suka anak die pegi tengok bola kat stadium katanya bukan tempat untuk orang perempuan.apetah lagi nak keluar malam.bagus kan?waaaa..abg? aku mana ade abang nk bawak aku pegi tengok bola.kakak2 ade la. sehingga la ade kekasih dan kekasih ajak pegi tengok bola. mesti la aku nak,tp takut jugakkan,,tapi xpe, tiket astaka (kalau yg taktahu,tiket astaka ni special la, xpyah berebut nak masuk sebab tempat dduk berdasarkan nombor di tiket,phm?vip la kot) buat ape nak risau, xpyah nk bersesak2 dgn org2 ramai,nk himpit2 ngn jantan2 kaki bola.urgg mintak ampun la. 2 pon bila abah aku dpat tahu, walaupon jelas2 pereport tu tahu aku selamat dan selesa. ape lagi, xpasal2 kena hentam dengan abah! *tq syg sbb jg kawal sy dgn baik time 2*

tak serik2 kena hentam dengan abah, aku pegi lagi.xpe ade orang jaga. percaya la sangat kan kat kekasih tu.sekarang kekasih tu dah jadi suami pon..so bila2 aje lah dpat tengok bola kat stadium. hehe walaupon ade girls2 yg kat luar tu bebas nk g stadium tgk bola parents dorang tak kesah, korang nak cakap aku ni nak menunjuk, eleh dh dpat tgk bola kat stadium pon nk kecoh, aku tiap2 game aku pegi 2 tak kecoh2 pon.; ea? aku tak kesah pon. just nk sharing2 pengalaman cite aku..

now, aku hanya fanatic pada team bola negeri aku je. THE REDS WARRIORS.. Gomo Kelate Gomo!..
yang international2 tu sory k..aku malas nak ambik tahu..sikit2 bole laaa... suami kaki bola, die layan game TRW, aku pon kena layan jugak la.. esok luse 19 mei 12 final Piala FA KELANTAN (TRW) vs SIME DARBY kat Stadium Bukit Jalil.. kalau ade rzeki pjg jodoh. jupo sano deh sep kitooooo....GOMO KELATE GOMO...sekarang baru aku paham kenapa orang gile bola. :)



*linetidakmembenarkansayauploadgambarsekarang.sangatsakithati*


Saturday 12 May 2012

baju peach..





full view tangan dan tubuh..


hasil jahitan kat tubuh.. 


owner baju ni, kak tiey , nk manik kat tgan dan tubuh.. buat macam mna pon asalkan cantik dan tak nampak kosong sangat.. 




..more picture will be upload later. 

Tuesday 8 May 2012

.ketentuan.



2 ogos 2009 kami mula berbalas senyuman berbalas bicara..hanya kerana radio kereta yang rosak hampir 10hari dan akhirnya bila tiba hari untuk dibaiki di Pusat Servis Perodua dan tiba saat 'lelaki' mekanik ini membuat  pemeriksaan untuk dibaiki mungkin perlu ditukar, tiada kerosakan ape2 pon yag berlaku pada radio tersebut. Kuasa Tuhan? mungkin suratan takdir? jodoh? hanya DIA yag mengetahui..

dirasakan ade sesuatu yang tersirat, beberape hari slpasnya kami berhubung..asalnya hanya sebagai urusan perkhidmatan terus menjadi rapat. dalam bulan yang sama. mudahkan? memang susah nk percaya tapi itulah hakikatnya. gerak hati ini seakan melonjak2 menyuruh aku terima pelawaan 'lelaki' ini untuk keluar tanpa aku mengetahui latar belakang termasuk nama 'lelaki' ini. *awak2 semua jgn tiru plak,jgan mudah percaya pd lelaki yg xdikenali oke.* 1st time keluar, bila ditanya nama ape ha?xkan nk panggil awak2 je. die hanya senyum dan kasi lesen.bukan nk tunjuk yg die ada lesen cume nak aku baca nama dia. haha! *ic tanak bagi sbb malu dgn gmbar budak2.har har*

bulan yg sama,di penghujung ogos iaitu Ramadhan 2009..secara tak langsungnya aku dilamar oleh 'lelaki' ini. terkejut? aku lagi la. message from ...... :  ''awk jadi bini sy nak? kite kawen dua nak?''   ha?mengarut betol jantan ni,gelojoh! *dlm hati la* .. tetiba die call tanya benda yang sama! awk,jgan la bergurau bnda2 mcamni,xsuka oke.kite bru je knal. disebabkan aku terdengar suara kawan2 nya tengah gelak kat die dlam talian telefon 2 jugak memang sangat2 percaya 'lelaki ni hanya nak main2. oke aku terdiam. tanpa diduga, dr awal aku jawab panggilan 2 dgan ditanya soalan yg xterduga 2 rupanya die dh on loudspeaker henpon dia!!. *hmm ptut la member2 die gelak*. 'awk jgn maen2,tlg la'.. " tak, sy serius,kite kawen nk?".. 'sy tak nak kapel.kite baru kenal, lgpon awak blm knal hatibudi sy,jhat ke,nk maen2 kan awak ke, awak nk maen2 kan sy ke kan,kite kawan k.kawan je" .."xpe,kite kawan je bukan kapel,lps 2 kite kawen nak?" .. soalan yg sama.. "cpat la,saem2 dengar ni, blh tak? jwab boleh ke tak je".. "ok, blh"..sempat dgr kwan2 die bersorak bagai!...dan aku? terus END CALL.

terdiam seribu kata.suka.berdebar.tak tahu.terawang2? mimpi? ape perasaan korang agk2? pengsan? dh la bru ptus cinta beberape minggu sblom 2.opppsss.*tlg ttp buku lama!* p/s : rndu time 1st time berbuka berdua di ........ mcm 'cndlelitedinner' tu sbgai merasmikan hubungan.tq :)

kesungguhannya,kesabarannya, keperihatinannya, kesanggupannya dlm apa jua yang dilakukan untuk kebahagiaan aku  dan untuk meraih hati aku. akhirnya. " bila awak nak bwak rombongan ke rumah?"

bila tiba saat dan waktu, setelah 2 tahun, pelbagai yang diharungi bersama 31ogos2011(2 syawal) termeterailah ikatan aku dengan 'lelaki' ini.pada malam 31ogos2011 lingkungan jam 10mlm 'lelaki' bernama Mohd Khairulzaman b Che Nik sah bergelar suami kepada Nur Izzati bt Mohd asri.. dh sah? betol? ye, aku dah jadi hak sepenuhnya kepada seorang lelaki bernama suami. status bertukar, tanggungjawab pon bertambah, berderau  darah, bergetar sluruh anggota disaat kami disatukan. mungkin ini lah petanda bahawa aku harus sentiasa bersedia dan terima apa jua cabaran dan dugaan selepas ini.perlu menggalas tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri , anak dan menantu yang sentiasa diredhai dan diberkati olehNya..




Alhamdulillah...kini...sudah 8 bulan dan baru 8 bulan kami hidup sebagai suami isteri.. mungkin kejadian radio kereta yang rosak tempoh ari telah ditentukan olehNya..dan aku percaya ini la dikatakan JODOH dr Allah swt..tiada siapa yang tahu kan..xdisangka sehingga selesai diijabkabulkan baru lah aku percaya. Tuhan ketemukan aku dengan jodoh aku dengan cara kejadian tempoh hari. jodoh setiap manusia telah ditetapkan sejak seseorang itu berada dalam kandungan ibunya lagi..cume beza setiap orang antara jodohnya cepat atau lambat, dengan cara senang atau susah. so, jangan sesekali pertikaikan kenapa aku cepat,kenapa aku lambat,kenapa aku susah sangat nk jumpe jodoh aku, kenape aku itu dan ini. tak baik merungut dengan ketentuan Ilahi. sabar dan terima dengan redha :)


majlis risepsi secara bersederhana 1 september 2011 ( 3 syawal )

sepupu sepapat sbelah suami.
antra kawan2 sekolah rendah. SKBM

mak2 sedara suami. 





bespren dr pkb. :) 

member2 sklah SMIP.. weheee :)

member2 SMTB yg sambut aku turun tangga mcm princess! haha 
separuh dr yg dtg beramai ari 2.
tanks u ol sbb sudi dtang beramai2. terharu.

bespren. :)

iloveyoueverafter



gambar bersama bespren sorang lagi takde! mek sha.. xde dlam simpanan t pic kite 'bertiga' tu.. mna a? nanti i cari n upload balik k. :)

terlampau banyak sangat gambar. memang tak mampu nk upload la . huhu anyway, tanks bebanyak kpda kengkawan yang hadir, terharu sbb ramai sangat kawan2 yang datanag. tanks a lot mauah mauahhhh.. pada mana2 kawan yang tak terupload pic nya kat cini, maaf bebanyak sebab tak terlarat nk upload semuanya dan mgkin anda bersama sy xde dlam simpanan sy. sory sesangat.. akhir kata.matadahtaklaratsebabdahpkul3setengahpagi.

~doakan kebahagiaan kami~


Monday 7 May 2012

Wednesday 4 April 2012

.Al-Kautsar.



" Rahsia Surah Al-Kautsar "


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . .

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

dipersilakan share semer gambar2 kat sini tanpa meminta izin terlebey dahulu dari saya...by: PenyuXP


~ Thank you PenyuXP ~

Tuesday 3 April 2012

.hati.












sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


assalamualaikum.. siapalah aku nak berbicara tentang hati ni kan. tapi entah mengapa tangan aku ni semacam melonjak2 ingin aku menulis entry tentang HATI. keseluruhannya, ia adalah ilmu kepada aku dan pembaca2 entry ini juga.. sememangnya aku ingin memperbaiki kelemahan 'hati' ini sebaik-baiknya kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini melainkan ALLAH s.w.t. moga-moga dengan izinNya, kita akan terus mendapat hidayah dan keredhaan dariNya. aminn.. 


setelah beberapa ketika, aku terpaut dengan 1 blog kakak ni..aku terpaut dengan pandangan dan ulasan entrynya tentang hati.. aku nak share kat sini sebagai panduan untuk aku dan juga kamu2 semua.. selamat membaca :)




~tentang HATI..~

hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri.malah para ulama' sufi mmenggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

sahabat2..lihatlah betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia.
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam menentukan perilaku dan tata cara hidup seorang manusia.

sahabat2..hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar namun hati yang lebih menjurus kapada suatu yang abstrak,suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk kelakuan manusia.

sahabat2..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..sama ada ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan.Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<>

sahabat2..sepertimana kita manusia perlu kepada makanan,hati juga perlu kepada makanan.tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti atau secawan kopi..tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan ruh manusia.

ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH rabbul jalil serta sinaran cahaya hidayahNya.maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik persis tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi.

sahabat2..hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadiaan yang utuh dan unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

sahabat2..betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita.betapa pentingnya fungsi hati itu menjamin kebersamaan dan kebergantungan seorang manusia dengan ALLAH.











 insyaallah.. :)


.syukur.




'yes!alhamdulillah..syukur2,amin2..tq2.." teruja sangat kan? memang sangat teruja..apa yang diimpikan dlm beberape bulan ni akhirnya tercapai juga..rasa terhapus walaupun sedikit beban yang di alami selama ini...terima kasih Ya Allah..kau telah buka kan 'jalan' untuk aku, untuk kami sekeluarga.. setelah sekeping 'kertas' bertukar tangan, otak aku ni mula ligat merancang kehidupan untuk hari yang seterusnya..memang aku tak expert aku akan menghadapi semua benda2 ni dari dulu lagi.. walaupun dugaan cabaran ujian datang bertimpa2..kekadang rasa macam tak adil, orang lain nampak tenang je menghadapi hari2, senang je rezeki datang kepada mereka2, tapi aku?kenapa susah?'kejamkan? Ya Allah..astargfirullah..kenape cetek sangat otak aku ni ha! kau nk marahkan Tuhan ke Izzati?! astarghfirullah..astarghfirullah..astarghfirullah..
 

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعونDan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

"Tuhan akan menguji sesiapa yang dikehendakinya sahaja'" syukur aku dengan ujian-ujian Nya sebelum ini dan yang akan datang. dengan ujian dan dugaan yang diberikanNya ia sebetulnya akan mendekatkan lagi kite denganNya.maknanya Tuhan akan lebih menyayangi kite, sebab itulah die uji kite duga kite supaya kite tidak alpha tidak leka untuk mengingatinya dan mengamalkan suruhanNya.. :) 


Selama setahun dengan haru biru yang dilalui, untung rugi yang tiada siapa mengetahui,perit dilaui. akhirnya, dapat juga peluang sekali lagi untuk aku terus mengekalkan apa yang tersedia dan menambah kan apa yang sememangnya kurang.Setelah apa yang diperolehi saat itu, aku harus berusaha gigih dan sentiasa berusaha untuk mencapai target yang kami ingin kan.. Insyaalah.. kawan2 tolong doa kan aku dilapangkan perjalan hidup blh? terima kasih atas bantuan yang diperolehi.. terima kasih pada ma abah kerana kamu berdua mencadangkan dan menyokong aku untuk uruskan perniagaan ini.. terima kasih kepada mybB sbb sokongan dan pertolongan yang diberi.. Insyaallah aku akan menjaga Rh Tee Solutions  ni semampu yang acik (nma fmly) boleh.. doakan acik. 
                                                                          
.
.
.
.
.
.
mesti korang ingat benda lain kan?
dapat lucky draw?pregnant?duit jatuh dari langit?
menang peraduan?dapat gelaran dato'?
hehe bukan la.. kesian kan.. :)


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]


يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]


إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]



ini untuk ingatan kepada saya dan kepada anda semua k.. 
jangan terus mengeluh dengan ujian yang diberikan..sepatutnya kite sentiasa berdoa dan berdoa dengan ujian yang diberikan. sesungguh nya setiap apa yang di uji, ada hikmah disebaliknya yang kita manusia kerdil ni tidak pernah akan mengetahui nya sehinggakan selepas kita mendapat ganjarannya baru lah kita bersyukur diatas ujian yang diberikan sebelumnya. 
.WALLAHU TA'ALA A'LAAM.





Saturday 31 March 2012

.manik.

koleksi lagi. minta pandangan dan tunjuk ajar untuk memberbaik pulih hasil tangan saya dalam bidang manik. kepuasan anda adalah keutamaan saya. terima kasih kerana menyokong. love ~
:)


baju mymom :)


:) she's like it!


baju adik SaLsa AfiNdi


baju mysis . k.eda Asnidahayanti Asri

bju mysister jugak.
saje jahit utk mencuba :)



baju Nurul Sharina Mat Yaacob (Mish Ena)
dan tak nak lebih2, nak simple2 je.

tq sayam kerana sudi menyerahkan baju anda untuk dijahanamkan oleh sy.
-bff ku-mish ena-


ni pon member.baju batik.
nak lebat2 ala makdatin.

baju Nurul SyafiNi Bahaldin..
ni je mak mampu buat dik. hee












oke. camne? jika berminat untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh
:: sms di nombor 0148395846
:: pm di inbox facebook sy..



terimakasih diatas sokongan cadangan dan kritikan dar kalian semua..
~love~























Wednesday 28 March 2012

.bulat.

heeee
pegi mana2 je mesti ade yang tegur... 
bulat la awak ni..
macam la aku sorang yg bulat kat dunia ni kan? 
huh!
yang aku pelik nye kan...
ape ke spesis penyakit aku ni..
kalau makan banyak..
lemak2 ni suke sangat menetap kat muka dulu.. 
hadeh!
 lepas tu pulak baru la ke perut...
buncit la! huuuuuuu
ape nak buat ni...
tempat2 laen takde la pulak nak naek lemak..
huuuuuuuu nasib! -_-"
tapi aku tak kesah pon orang nak panggil aku..si bulat ke hape..
yang penting aku akan tersenyum jika ade yang baru kenal aku dah panggil aku bulat..
nk tahu kenape?
oke. dari kecik lagi aku dapat tittle Bulat neh
heran kan... mcam dah tak de orang lain dah..
.redha. 
bile masuk form 1....
dpat twaran sekolah kat SMIP..
memang pegi sane takde yang kenal pon. sedih.
jauh dari kg, stay kat hostel..
kat sane memang tak de yang kenal dan aku pon tak kenal orang..
ingat kan panggilan 'bulat' 2 lenyap begitu je..
tapi.......
hanya beberape minggu kat solah baru tempat baru,
panggilan 'bulat' 2 melekat lagi kat aku.
waaaaaaa.... ape salah aku?? haha
sampaikan ade sorang budak laki 2 ..
die panggil aku bola golf! hak hak hak..
katanya nye masa mak aku pregnant, mak aku tertelan bola golf. gile kau!
tapi sengal jugak ase, aku boleh terpikir dgn kata2 budak laki 2..
'eh eh. betol ke mak aku ade tertelan bola golf msa pregnantkn aku?'
ha ha ha mak aku tak penah pegang pon bola golf 2 sengal!
budak2 kan..aku pulak otak sempit lagi time 2 blh terfikir2kn kata yang tak logik 2..
ha ha memang tak masuk akal la oi. gile. 
kalu nak tahu, cikgu2 yg mengajar klas aku pon kekadang panggil aku ngan nama Bulat bukan Izzati 
-_____- redha.
dan cikgu yang paling suke sangat panggil aku bulat. Cikgu Zainora. ckgu matematik.
alhamdulillah..dengan sedikit keakraban aku dengan ckgu Zainora ni,
matematik aku bertambah baik sehingga aku tukar ke solah lain. 
ade baiknya jugak kan? syukur2
then form 4 tukar ke solah teknik. SMTB. 
lpas 2 masuk Politeknik.
kat sane pon..... xperlu nak citer panjang la kan..
. still dengan panggilan yang sama jugak! 


....hahahha ....


alamak.silap upload.jerawat! haiya

time ni kurus kot cikit... hee

me n mybB...
sama2 bulat kan? ha ha ha



jujur nak tanya korang ni.
BULAT ke????
rasenye tak!


.tak pasal2 gelak sorang2.

habis~



.beading 1.


assalamualaikum...
entry kali nie nak crite2 cikit pasal baju2 yang di jahit..
alhamdulillah lpas 2 3 bulan jahit baju sendiri..
dah ade customer dah..
tak de la pandai sangat ..
cume yang simple2 aje :)
.
.
.jom kite tengok. 



yang ni baju bakal biras 'time jahit 2 la'
skarang dah jadi biras betol dh :)

baju Kak Naa..


yang ni baju kwn baik skolah SMIP dulu2..
~fatin affendi~

terimakasih Tin sbb sudi merasa hasil tgn ku :) heee



yg ni pom baju yg pemilik yang sama dgn baju atas sekali 2..
:) Kak Naa..


harga yang diambil untuk baju2 kat atas ni adalah RM35-RM40 ikut bajet pelanggan dan saiz lebar baju yang nak dijahit. :)
oke. 
macam biasa ..
sape2 yang berminat dengan hasil tangan dari insan yang tak seberape ni.. 
boleh call @ sms kat nombor 0148395846..
tapi kalo nk senang sms la k..

Monday 26 March 2012

.beading.

assalamualaikum...
mugkin ade yang pelik sbb tak tahu kan.. 
kenape entry kali ni 'beading"?
alhamdulillah.. di atas sebab2 tertentu aku sekarang dah terjebak dengan dunia memanik ni..
hebat? arggh.. tak sampai tahap 2 lagi...
boleh la cikit2 tu kan.. boleh la pendapatan sampingan 2..
anwy, kalo korang nk tahu... baru je stahun beberape bulan kot aku menjahit manik ni..
belajar mana? 
heee,... mgkin sbb aku ni terbiasa dengan jarum n benang dr mak aku kot..
yela.. anak tukang jahit kn..
memang dulu aku cemuh sangat dengan manik2 ni..
"ei, macam orang tua la baju ade manik" haha
tu la yg biasanye  aku ckap kat kakak aku bila tengok die sanggup tak tido mlm untuk jahit manik! 
gile tak? haha padahal die jahit utk baju nye sendiri bukan ambik upah..
kau sanggup? 
tu la kan org cakap, jangan nak benci sangat kat sesuatu benda 2.
las2 jadi mcam aku, benci2 last2 manik dh jadi sebahagian dr pendapatan aku..
heeee~~

oke, sesape yang rase nak tempah jahit manik tu..
boleh sms/ call aku.. 014-8395846. 
design boleh pilih dari album.. 
design sendiri pon tak pe..
atau pom sila2 lah add FB aku yep.. 
Izzati Asri (Nur Izzati Mohd Asri)
boleh? 


sebagai intro....



oke. ni adalah baju 1st yg dijahit..
baju untuk aidilfitri 2010






haa..ni pon samaa gak....
leher dan tangan...

nampak tak? yes.
kat atas 2 memang disengajakan kosong sebab tak sempat siap.
juga untuk aidilfitri 2010..
*pakai hari raya pertama, beraye umah bakal mertua*
syyyyyyy........

dan ini... yang ni more 2 highlight..
entah menjadi ke tak..hentam je..
baru belajar2 kn..
tak cantik?
sila abaikan. oke.

baju2 kat atas ni semua baju2 sendiri...
 biasa la kan.  takkan nak ambik upah terus.
then..
nanti baju2 yg telah  ditempah akan dimasukkan di entry yang lain k..
sila sms / call / inbox kat fb saya jika anda berminat untuk tempahan
.serious person only.

); trimakaseh :)




:)loveeverafter(:

:)loveeverafter(: