Tuesday 15 May 2012

GKG!





GKG. Gomo Kelate Gomo. tahu? mustahil la kan tak tahu even org asing pon ade yang 'mengigau2' sebut ayat ni. eh betol ke? ye, memang tak disangka team futbol dr negeri Cik Siti Wan Kembang ni femes sampai ke luar negara. ala macam team2 bola international yang korang minat sangat tu, MU, chealse, barcelona bagai2 lah. *aku bkn minat sgt pon yg asing2 ni_\ -_-" .. *

aku minat bola ke? entah la, memang suke tanya diri sndri..orang tengok bola aku tengok tapi kalau team kelate ambo jah maen ambo tengok! Gomo Kelate Gomo..!! heee dulu time sekolah2 beringus bila musim bola xkira la FIFA ke EPL ke piala asia ke Piala FA ke memang hot topik dlm kelas tentang BOLA. team tu aku minat team kau tak bagus team aku lagi power (mcm la kau sndri yg maen kn). pastu kalau team yg die cinta sngat 2 menang haa mula lah. yes aku semangat belajar ari ni, aku nk enjoy, sampaikan bile bejalan mula lh mendabik dada lebih2 depan penyokong yang kalah 2. sebab tu aku cakap, macam la kau yg maen kan? tak payah nak excited gile-gile sangat bila team yang kau sokong tu menang. upppsss... yang kalah? haa tu la kan terlampau minat terlampau gile bola, kecewa dengan kekalahan sampai menangis2, nk terjun bangunan merajuk, bad mood smpai berhari2. kammon la..just a game. mesti ade kalah menang kan. tapi yang paling tak boleh tahan bile kat sekolah ke kolej ke yang menang mesti 'pijak' yang kalah. hahahha loser! loser!.

bila semua bercakap pasal bola ni, aku kesah ke? tapi bile fikir balik best jugak join diorang ni. mula2 pasang telinga je la. nk menyampok aku tak tahu lansung pon pasal bola. pastu tengok2 akak aku,die ni minat sangat bola masa kitorang sekolah rendah.peliknya die ni lembut luar dan dalam tapi gile bola. tak hairan la dulu die suka sangat beli mjalah2 bola, rela simpan duit belanja makan sebab nak beli majalah bola. um. yang aku ingat die dulu memang fanatik Khalid Jamlus. tu beberapa tahun dulu 10thun lbih mybe. skarang bile aku tanya die, kau gile bola lagi ke? entah la, dah ade laki ade anak 2 orang ni,aku dah malas nk minat bola. har har har

bila dah terjebak sikit dengan cakap2 bola ni, mulalah suka tengok team sekolah sendiri lawan. ape yang mampu aku kata kat sini, aku minat team bola sekolah aku je dulu. yang luar dr sekolah yg piala m'sia ke FiFa ke langsung tak ambik tahu. hee kekadang rasa kolot jugak, tapi bukan aku sorang kan? dan bile ade boipren, mula lah terpaksa minat tipu2 time die cakap pasal bola kan,tak nak die rasa aku ni kolot tak ambik tahu hal semasa,konon nye la. padahal tak pon kan? bodoh jugak kan time budak2 dulu. hahaha dan bile dh masuk tahap pendidikan tinggi ni, terbuka la cikit minda tu..nak kata gile sangat tu memang tak lah..bukan jenis aku...tapi kalu tengok rmai2 memang bes, naek semangat jadi gile bola kejap. ea?

1st time masuk stadium tengok bola msa kat sekolah SMIP fom 2.. punye la bes bejalan ramai2 dari sekolah dlam 30minit kot ke stadium. game antara sekolah2 jgk pon, SMIP vs SIC *kalu tak silap la*..nk dpatkan tiket 2,punye la bodek cikgu tu abang angkat tu ini nk tiket free. pdahal xsampai rm5 pon 1 tiket.riuh kemain kat sekolah sebab tiket,mna taknya, dah perlawanan antara sekolah, cikgu yg terlibat ngan budak yg terpilih je blh jual tiket. best xyah cakap la sebab antara sekolah2 msti yang pegi tengok 2 semua member2 kan? mcam mna game SMIP dgn SIC ni boleh maen dlam stadium, aku pon tak berape nak ingat, final sukan ape entah. layan je laaaaa...

oke, tu jela aku masuk tgk bola dalam stadium sebab abah aku memang tak suka anak die pegi tengok bola kat stadium katanya bukan tempat untuk orang perempuan.apetah lagi nak keluar malam.bagus kan?waaaa..abg? aku mana ade abang nk bawak aku pegi tengok bola.kakak2 ade la. sehingga la ade kekasih dan kekasih ajak pegi tengok bola. mesti la aku nak,tp takut jugakkan,,tapi xpe, tiket astaka (kalau yg taktahu,tiket astaka ni special la, xpyah berebut nak masuk sebab tempat dduk berdasarkan nombor di tiket,phm?vip la kot) buat ape nak risau, xpyah nk bersesak2 dgn org2 ramai,nk himpit2 ngn jantan2 kaki bola.urgg mintak ampun la. 2 pon bila abah aku dpat tahu, walaupon jelas2 pereport tu tahu aku selamat dan selesa. ape lagi, xpasal2 kena hentam dengan abah! *tq syg sbb jg kawal sy dgn baik time 2*

tak serik2 kena hentam dengan abah, aku pegi lagi.xpe ade orang jaga. percaya la sangat kan kat kekasih tu.sekarang kekasih tu dah jadi suami pon..so bila2 aje lah dpat tengok bola kat stadium. hehe walaupon ade girls2 yg kat luar tu bebas nk g stadium tgk bola parents dorang tak kesah, korang nak cakap aku ni nak menunjuk, eleh dh dpat tgk bola kat stadium pon nk kecoh, aku tiap2 game aku pegi 2 tak kecoh2 pon.; ea? aku tak kesah pon. just nk sharing2 pengalaman cite aku..

now, aku hanya fanatic pada team bola negeri aku je. THE REDS WARRIORS.. Gomo Kelate Gomo!..
yang international2 tu sory k..aku malas nak ambik tahu..sikit2 bole laaa... suami kaki bola, die layan game TRW, aku pon kena layan jugak la.. esok luse 19 mei 12 final Piala FA KELANTAN (TRW) vs SIME DARBY kat Stadium Bukit Jalil.. kalau ade rzeki pjg jodoh. jupo sano deh sep kitooooo....GOMO KELATE GOMO...sekarang baru aku paham kenapa orang gile bola. :)



*linetidakmembenarkansayauploadgambarsekarang.sangatsakithati*


Saturday 12 May 2012

baju peach..





full view tangan dan tubuh..


hasil jahitan kat tubuh.. 


owner baju ni, kak tiey , nk manik kat tgan dan tubuh.. buat macam mna pon asalkan cantik dan tak nampak kosong sangat.. 




..more picture will be upload later. 

Tuesday 8 May 2012

.ketentuan.



2 ogos 2009 kami mula berbalas senyuman berbalas bicara..hanya kerana radio kereta yang rosak hampir 10hari dan akhirnya bila tiba hari untuk dibaiki di Pusat Servis Perodua dan tiba saat 'lelaki' mekanik ini membuat  pemeriksaan untuk dibaiki mungkin perlu ditukar, tiada kerosakan ape2 pon yag berlaku pada radio tersebut. Kuasa Tuhan? mungkin suratan takdir? jodoh? hanya DIA yag mengetahui..

dirasakan ade sesuatu yang tersirat, beberape hari slpasnya kami berhubung..asalnya hanya sebagai urusan perkhidmatan terus menjadi rapat. dalam bulan yang sama. mudahkan? memang susah nk percaya tapi itulah hakikatnya. gerak hati ini seakan melonjak2 menyuruh aku terima pelawaan 'lelaki' ini untuk keluar tanpa aku mengetahui latar belakang termasuk nama 'lelaki' ini. *awak2 semua jgn tiru plak,jgan mudah percaya pd lelaki yg xdikenali oke.* 1st time keluar, bila ditanya nama ape ha?xkan nk panggil awak2 je. die hanya senyum dan kasi lesen.bukan nk tunjuk yg die ada lesen cume nak aku baca nama dia. haha! *ic tanak bagi sbb malu dgn gmbar budak2.har har*

bulan yg sama,di penghujung ogos iaitu Ramadhan 2009..secara tak langsungnya aku dilamar oleh 'lelaki' ini. terkejut? aku lagi la. message from ...... :  ''awk jadi bini sy nak? kite kawen dua nak?''   ha?mengarut betol jantan ni,gelojoh! *dlm hati la* .. tetiba die call tanya benda yang sama! awk,jgan la bergurau bnda2 mcamni,xsuka oke.kite bru je knal. disebabkan aku terdengar suara kawan2 nya tengah gelak kat die dlam talian telefon 2 jugak memang sangat2 percaya 'lelaki ni hanya nak main2. oke aku terdiam. tanpa diduga, dr awal aku jawab panggilan 2 dgan ditanya soalan yg xterduga 2 rupanya die dh on loudspeaker henpon dia!!. *hmm ptut la member2 die gelak*. 'awk jgn maen2,tlg la'.. " tak, sy serius,kite kawen nk?".. 'sy tak nak kapel.kite baru kenal, lgpon awak blm knal hatibudi sy,jhat ke,nk maen2 kan awak ke, awak nk maen2 kan sy ke kan,kite kawan k.kawan je" .."xpe,kite kawan je bukan kapel,lps 2 kite kawen nak?" .. soalan yg sama.. "cpat la,saem2 dengar ni, blh tak? jwab boleh ke tak je".. "ok, blh"..sempat dgr kwan2 die bersorak bagai!...dan aku? terus END CALL.

terdiam seribu kata.suka.berdebar.tak tahu.terawang2? mimpi? ape perasaan korang agk2? pengsan? dh la bru ptus cinta beberape minggu sblom 2.opppsss.*tlg ttp buku lama!* p/s : rndu time 1st time berbuka berdua di ........ mcm 'cndlelitedinner' tu sbgai merasmikan hubungan.tq :)

kesungguhannya,kesabarannya, keperihatinannya, kesanggupannya dlm apa jua yang dilakukan untuk kebahagiaan aku  dan untuk meraih hati aku. akhirnya. " bila awak nak bwak rombongan ke rumah?"

bila tiba saat dan waktu, setelah 2 tahun, pelbagai yang diharungi bersama 31ogos2011(2 syawal) termeterailah ikatan aku dengan 'lelaki' ini.pada malam 31ogos2011 lingkungan jam 10mlm 'lelaki' bernama Mohd Khairulzaman b Che Nik sah bergelar suami kepada Nur Izzati bt Mohd asri.. dh sah? betol? ye, aku dah jadi hak sepenuhnya kepada seorang lelaki bernama suami. status bertukar, tanggungjawab pon bertambah, berderau  darah, bergetar sluruh anggota disaat kami disatukan. mungkin ini lah petanda bahawa aku harus sentiasa bersedia dan terima apa jua cabaran dan dugaan selepas ini.perlu menggalas tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri , anak dan menantu yang sentiasa diredhai dan diberkati olehNya..




Alhamdulillah...kini...sudah 8 bulan dan baru 8 bulan kami hidup sebagai suami isteri.. mungkin kejadian radio kereta yang rosak tempoh ari telah ditentukan olehNya..dan aku percaya ini la dikatakan JODOH dr Allah swt..tiada siapa yang tahu kan..xdisangka sehingga selesai diijabkabulkan baru lah aku percaya. Tuhan ketemukan aku dengan jodoh aku dengan cara kejadian tempoh hari. jodoh setiap manusia telah ditetapkan sejak seseorang itu berada dalam kandungan ibunya lagi..cume beza setiap orang antara jodohnya cepat atau lambat, dengan cara senang atau susah. so, jangan sesekali pertikaikan kenapa aku cepat,kenapa aku lambat,kenapa aku susah sangat nk jumpe jodoh aku, kenape aku itu dan ini. tak baik merungut dengan ketentuan Ilahi. sabar dan terima dengan redha :)


majlis risepsi secara bersederhana 1 september 2011 ( 3 syawal )

sepupu sepapat sbelah suami.
antra kawan2 sekolah rendah. SKBM

mak2 sedara suami. 





bespren dr pkb. :) 

member2 sklah SMIP.. weheee :)

member2 SMTB yg sambut aku turun tangga mcm princess! haha 
separuh dr yg dtg beramai ari 2.
tanks u ol sbb sudi dtang beramai2. terharu.

bespren. :)

iloveyoueverafter



gambar bersama bespren sorang lagi takde! mek sha.. xde dlam simpanan t pic kite 'bertiga' tu.. mna a? nanti i cari n upload balik k. :)

terlampau banyak sangat gambar. memang tak mampu nk upload la . huhu anyway, tanks bebanyak kpda kengkawan yang hadir, terharu sbb ramai sangat kawan2 yang datanag. tanks a lot mauah mauahhhh.. pada mana2 kawan yang tak terupload pic nya kat cini, maaf bebanyak sebab tak terlarat nk upload semuanya dan mgkin anda bersama sy xde dlam simpanan sy. sory sesangat.. akhir kata.matadahtaklaratsebabdahpkul3setengahpagi.

~doakan kebahagiaan kami~


Monday 7 May 2012

Wednesday 4 April 2012

.Al-Kautsar.



" Rahsia Surah Al-Kautsar "


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Harap dapat SHARE dengan sahabat anda yang lain. . .
Semoga pahala menyebarkan ilmu ini berterusan. . .

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

dipersilakan share semer gambar2 kat sini tanpa meminta izin terlebey dahulu dari saya...by: PenyuXP


~ Thank you PenyuXP ~

Tuesday 3 April 2012

.hati.












sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


assalamualaikum.. siapalah aku nak berbicara tentang hati ni kan. tapi entah mengapa tangan aku ni semacam melonjak2 ingin aku menulis entry tentang HATI. keseluruhannya, ia adalah ilmu kepada aku dan pembaca2 entry ini juga.. sememangnya aku ingin memperbaiki kelemahan 'hati' ini sebaik-baiknya kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini melainkan ALLAH s.w.t. moga-moga dengan izinNya, kita akan terus mendapat hidayah dan keredhaan dariNya. aminn.. 


setelah beberapa ketika, aku terpaut dengan 1 blog kakak ni..aku terpaut dengan pandangan dan ulasan entrynya tentang hati.. aku nak share kat sini sebagai panduan untuk aku dan juga kamu2 semua.. selamat membaca :)




~tentang HATI..~

hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri.malah para ulama' sufi mmenggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

sahabat2..lihatlah betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia.
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam menentukan perilaku dan tata cara hidup seorang manusia.

sahabat2..hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar namun hati yang lebih menjurus kapada suatu yang abstrak,suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk kelakuan manusia.

sahabat2..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..sama ada ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan.Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<>

sahabat2..sepertimana kita manusia perlu kepada makanan,hati juga perlu kepada makanan.tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti atau secawan kopi..tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan ruh manusia.

ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH rabbul jalil serta sinaran cahaya hidayahNya.maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik persis tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi.

sahabat2..hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadiaan yang utuh dan unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

sahabat2..betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita.betapa pentingnya fungsi hati itu menjamin kebersamaan dan kebergantungan seorang manusia dengan ALLAH.











 insyaallah.. :)


:)loveeverafter(:

:)loveeverafter(: