sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
assalamualaikum.. siapalah aku nak berbicara tentang hati ni kan. tapi entah mengapa tangan aku ni semacam melonjak2 ingin aku menulis entry tentang HATI. keseluruhannya, ia adalah ilmu kepada aku dan pembaca2 entry ini juga.. sememangnya aku ingin memperbaiki kelemahan 'hati' ini sebaik-baiknya kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini melainkan ALLAH s.w.t. moga-moga dengan izinNya, kita akan terus mendapat hidayah dan keredhaan dariNya. aminn..
setelah beberapa ketika, aku terpaut dengan 1 blog kakak ni..aku terpaut dengan pandangan dan ulasan entrynya tentang hati.. aku nak share kat sini sebagai panduan untuk aku dan juga kamu2 semua.. selamat membaca :)
~tentang HATI..~
hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri.malah para ulama' sufi mmenggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
sahabat2..lihatlah betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia.
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam menentukan perilaku dan tata cara hidup seorang manusia.
sahabat2..hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar namun hati yang lebih menjurus kapada suatu yang abstrak,suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk kelakuan manusia.
sahabat2..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..sama ada ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan.Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..
"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<
sahabat2..sepertimana kita manusia perlu kepada makanan,hati juga perlu kepada makanan.tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti atau secawan kopi..tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan ruh manusia.
ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH rabbul jalil serta sinaran cahaya hidayahNya.maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik persis tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi.
sahabat2..hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadiaan yang utuh dan unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.
sahabat2..betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita.betapa pentingnya fungsi hati itu menjamin kebersamaan dan kebergantungan seorang manusia dengan ALLAH.
No comments:
Post a Comment